Tips Pelajar Cemerlang. 14 Petua Mengatasi Sikap Malas

Semua orang ada sikap malas. Sama ada kita berkuasa atas malas atau kita dikuasai kemalasan. Insyallah, artikel ini ditulis untuk membantu kita (terutama pelajar) mengatasi sikap malas.

1. Mandi awal pagi supaya pagi bermula cergas. Mandi dengan sempurna membantu badan kita mendapat terapi urutan semula jadi (self massage) dan meningkatkan kesegaran badan.
2. Mulakan pagi anda dengan bersyukur. Nabi Muhammad mengajar kita cara bersyukur itu melalui bangun awal pagi kemudian disertai solat-solat sunat, kerana Nabi pernah berkata pada isterinya solat itu adalah lambang syukurnya pada Allah.
3. Banyakkan berdoa supaya dijauhkan penyakit malas. Ada Nabi mengajar tentang doa membuang penyakit malas dan dibaca waktu pagi dan petang dengan Al-Mathurat.
4. Pelihara solat 5 waktu. Solat 5 waktu adalah sumber keberkatan masa. Siapa yang jaga solat, Insyallah Allah bantu masanya dijaga dengan baik.
5. Pastikan pencahayaan bilik cerah semasa belajar. Warna yang suram membuatkan mata menjadi malas. Bilik yang cerah juga membantu minda kita mencerap maklumat dengan baik semasa membaca.
6. Elakkan bersendirian kerana syaitan suka orang menyendiri. Sebab itu solat jemaah lagi power. Sebab itu kerja berjemaah lagi power. Sebab bila berjemaah syaitan takut.
7. Ambil wudhuk dengan sempurna, sebab wudhuk adalah asas kesempurnaan solat. Wudhuk yang baik, membentuk karekter yang rajin sebab wudhuk memang memberatkan. Kena buang air dulu, berbasah-basah, beratur, ikut tertib, dan segala-galanya. Sebab itu Allah sebut dalam Quran, wudhuk itu bukanlah untuk memberatkan tetapi untuk menyempurnakan nikmat.
8. Baca matlamat setiap hari. Baca dengan tertib macam kita baca doa iftitah dalam solat tu. Matlamat yang dibaca setiap hari akan merasuk minda untuk bekerja mencapainya.
9. Baca ikrar diri dengan kuat setiap hari. Sama macam di atas.
10. Duduk dengan baik semasa belajar. Berdasarkan kajian, perubahan fisiologi membentuk cara fikir yang berbeza. Kita tak kan mampu bersedih jika fizikal kita seperti orang ceria. Kita tak kan mampu ceria jika duduk macam orang sedih. Jadi, bila belajar duduk macam orang nak belajar.
11. Jaga pemakanan, makan makanan yang sihat, elakkan makanan segera kerana makanan segera menambah penyakit, dan penyakit membuatkan manusia lebih malas.
12. Berkawan dengan kawan yang rajin. Kata Nabi, kita adalah mengikut agama kawan kita. Apa yang kawan kita buat, maka itulah yang mungkin kita buat setiap hari. Siapa kita adalah sama dengan peribadi 7 kawan terdekat dengan kita. Betulkan kitaran kawan, insyallah kita akan betulkan sikap.
13. Gunakan aroma terapi. Berdasar kajian, bau-bauan mempunyai gelombang minda yang tersendiri. Aroma yang baik membentuk fikiran yang baik. Sebab itu kita tak suka bau-bauan yang busuk, pasti dahi kita berkerut bila masuk tandas yang busuk. Pilih bau-bauan yang lembut, segar dan semula jadi, insyallah kita lebih mudah atasi rasa malas.
14. Pakai pakaian yang baik, kemas, dan memelihara anggota sensitif. Berdasarkan kajian body languange, perempuan yang pakai pakaian yang baik, menutup bahagian sensitif akan lebih terserlah potensi akalnya berbanding perempuan yang seksi.
.
Wallahualam. Ikhlas dari saya Che Mat, Pengarah Urusan ALAF Training.
.
Ingin tingkatkan jatidiri dan keyakinan anak anda? Kami ada seminar yang boleh bantu anak anda memecut laju untuk mengejar masa depan yang gemilang. Khas untuk anak anda berusia 11 hingga 18 tahun. Klik link di bawah.
...Continue Reading →

PROGRAM CUTI SEKOLAH DI SEREMBAN 2015



PROGRAM CUTI SEKOLAH DI SEREMBAN 2015

Assalamualaikum w.b.t Tuan/Puan,

Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Sempena kedatangan cuti sekolah ini, kami dari ALAF Training dengan kerjasama Daie Millenia Team Production bakal menganjurkan sebuah program yang hebat untuk anak Tuan/Puan.

Apakah program tersebut? Nama program ini adalah Seminar Remaja Hijrah (ADVANCE).

Program kami ini memang berbeza kerana :

1. Program ini mengangkat tema Remaja Hijrah, Dunia Berubah. Program ini sangat menekankan The Power Of Big Dream. Peserta akan pulang dengan cita-cita yang besar, semangat yang besar, tindakan-tindakan yang besar. Mencontohi ramai tokoh silam yang hebat semenjak remaja. Program ini mahu menghimpunkan remaja-remaja yang mahu mengubah dunia bermula dari dirinya.

2. Program ini fokus untuk remaja sahaja yang berumur 12 hingga 18 tahun. Pelajar bawah umur memang tidak dibenarkan masuk. Kami biasa mendengar rungutan, ramai remaja tidak mahu mengikuti program sebab tidak mahu bercampur pelajar sekolah rendah. Oleh itu, ini peluang terbaik untuk remaja ramai-ramai menghadiri program terbaik ini.

3. Modul ini telah pun dibangunkan selama lebih dari 7 tahun. Ia telah disampaikan kepada beribu-ribu remaja dan beratus-ratus sekolah. Alhamdulillah kami menerima banyak testimoni positif selepas peserta menyertai program kami.

4. Program ini pendek sahaja iaitu selama satu hari. Bermula pagi dan tamat pada malamnya. Kenapa pendek sahaja? Kerana program ini hanya menyajikan maklumat yang terbaik. Semua konten telah disaring dan dipilih. Kami bukan buat program semata-mata untuk mengisi masa.

5. Program ini bakal dihadiri ramai peserta. Kami menjangkakan lebih 500 orang peserta akan mendaftar menjadi peserta. Oleh itu program ini memancar aura tenaga positif yang sangat tinggi. Pelajar berpeluang untuk berkenalan dengan ramai peserta-peserta yang lain.

6. Penceramah seminar ini hanya seorang sahaja iaitu Mohamad bin Mohshin @ Che' Mat. Beliau telah berpengalaman hampir 10 tahun mengendalikan program-program motivasi. Beliau merupakan CEO ALAF Training. Beliau juga adalah seorang penulis buku bertajuk Mudahnya Mengendalikan Usrah. Boleh klik LINK INI untuk maklumat lanjut berkaitan beliau. Mengapa ini penceramah seorang juga satu keistimewaan? Kerana kami telah biasa menghimpunkan penceramah-penceramah selebriti. Program yang mempunyai ramai penceramah memang nampak gempak, namun masalah yang berlaku adalah bagaimana kita mahu mengaitkan antara satu topik ceramah ke topik ceramah yang lain. Bagaimana mahu melakukan pasakan kerana idea setiap penceramah nyata berbeza. Masa juga boleh dijimatkan kerana tiada masalah peralihan dari satu penceramah ke penceramah lain tidak ada.

7. Program ini walaupun keseluruhannya dibuat di dalam dewan, namun ia menyajikan persembahan dan penyampaian yang interaktif. Program ini tidak bersifat dengar semata-mata. Ada juga tayangan video, aktiviti bergerak, latihan berpasangan, aktiviti berkumpulan.

8. Program ini menggabungkan elemen motivasi, ketuhanan, psikologi, kajian NLP, kajian personaliti dan teknik Nabi. Tiada marah-marah kerana ini bukan kem. Kalau buat kem pun kami tiada marah-marah. Tiada denda. Tiada hukuman. Program ini santai dan seronok namun menyedarkan.


Maklumat Asas Program

  • Nama : Seminar Remaja Hijrah (Advance)
  • Tarikh : 7 Disember 2015 (Isnin)
  • Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi
  • Sasaran : Remaja berusia 12 hingga 18 tahun sahaja
  • Yuran : RM 100 seorang. Peserta akan diberikan TUJUH perkara :
    • Buku program
    • File
    • Pen
    • Sijil
    • Kertas mahjung (untuk aktiviti)
    • Makan minum 3 kali
    • Nametag
  • Peralatan yang perlu dibawa :
    • Baju sejuk (jika tak tahan aircond)
    • Makanan tambahan (gula-gula, coklat, dll)
    • Gunting dan gam
    • Surat khabar lama
    • Boleh bawa handphone dan perakam
    • Alat tulis sendiri (pen, highlighter, pembaris dll)
  • Nombor untuk dihubungi : 013-663 6969

Jadual Penuh Seminar :
  • 7.30  – 8.30 pagiPendaftaran & Sarapan
  • 8.30 – 10.30 pagi : Lapan Budaya Orang Cemerlang
  • 10.30 – 11.00 pagiRehat & Solat Dhuha
  • 11.00 – 1.00 petang : Ayuh Membina Masa Depan (The Power Of Big Dream)
  • 1.00 – 2.30 petangRehat, Solat, Makan
  • 2.30 – 4.30 petang : Strategi Menuju Kejayaan, Mengenal Potensi & Personaliti Diri, 27 Teknik Belajar STRAIGHT A
  • 4.30 – 5.15 petangSolat Asar dan Rehat
  • 5.15 – 6.30 petangGames, Membina Vision Board
  • 6.30 – 8.30 malamRehat, Solat, Makan, Sambungan Membina Vision Board
  • 8.30 – 10.30 malam : Sembilan Karekter Manusia Cemerlang
  • 10.30 – 11.00 malamPenutup & Fotografi

Hubungi :

Untuk pendaftaran, sila berhubung dengan Urusetia Pendaftaran Program, Cik Puan Mimi Asmyda 013-663 6969

Sekian, terima kasih.






...Continue Reading →

Pengalaman saya dulu-dulu melibatkan diri dalam dunia pembangunan manusia...

Posting ini asalnya saya tulis untuk mempromosikan progam cuti sekolah 2015 kendalian syarikat kami ALAF Training.

Tapi lama juga saya mengadap laptop, konon-kononnya nak bina ayat bombastik. Akhirnya saya buntu. Saya mengaku kalah sebab saya tak jumpa jalan bagaimana mahu memulakan promosi.

Saya ini bukan dilatih menjadi juru jual. Oleh itu, saya tukarkan cerita ini kepada pengalaman saya dulu-dulu bagaimana saya melibatkan diri dalam bidang pembangunan manusia. Pengalaman itu mungkin boleh menjadi sempadan dan tauladan buat kita semua, Insyallah.

Saya boleh dikatakan tak sengaja terlibat dalam industri ini.

Saya tidak ada pun cita-cita mahu memiliki sebuah syarikat latihan motivasi, sebab saya dulu bercita-cita mahu membuka sebuah kedai makanan fastfood ala-ala KFC dan Mc Donalds gitu. Saya pun tak tahu mengapa. Mungkin sebab saya minat berniaga. Itu sahaja. Jadi pada saya perniagaan makanan adalah paling seronok dan laku.

Tahun 2008, saya balik dari belajar di Universiti Muktah Jordan.

Dulu saya pernah dilantik dalam persatuan menjadi Presiden pelajar Malaysia Universiti Muktah. Tinggi jugaklah jawatan tu. Selain itu saya juga pernah diamanahkan menjadi Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar N.Sembilan, Jordan.

Sebenarnya pengalaman itu banyak membentuk minat saya dalam bercakap. Anda bayangkan, bila ketua bercakap, semua orang setuju. Anda rasa sungguh pandai bukan? Perasaan ini sangat menakjubkan.

Kalau salah urus kamu boleh jadi riak nanti. Memang dulu asik teriak lebih je. Bahaya sungguh.

Walaupun te-riak lebih, pada saya ada benda baik yang saya belajar.

Saya belajar bercakap. Saya belajar mengurus pasukan.

Saya belajar ilmu sosial. Saya belajar ilmu mempengaruhi orang.

Oleh itu pengalaman bercakap ini mendorong saya cuba-cuba menjadi penceramah. Mula-mula dulu entah apa-apa juga saya cakap. Saya pun tak tahu. Kalau boleh pengalaman tu saya mahu buang jauh. Malu juga rasanya. Masa tu bercakap ikut suka. Asalkan audien seronok. Gelak-gelak, suka-suka, nangis-nangis. Pada saya masa tu sudah cukup berjaya dah tu.

Akhirnya masa berganti masa, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, maka sekarang sudah tujuh tahun saya melibatkan diri secara serius dalam industri ini. Kalau dikirakan, saya paling kerap terlibat dengan kumpulan remaja. Boleh dikatakan 90% pelanggan saya adalah remaja. Susah juga sebenarnya mendidik kumpulan remaja. Macam-macam cabaran. Semua cabaran itu memaksa saya membaca banyak buku. Pergi ke macam-macam kursus. Mencuba macam-macam modul dan idea.

Ada berjaya, ada tidak. Ada bagus, ada perlu ditingkatkan.

Yang selalu jadi mangsa saya adalah adik-adik dan anak-anak saya.

Lepas saya belajar teknik baru, saya cuba pada mereka.

Kalau bagus, saya cuba pada program pula. Kalau bagus juga, saya kekalkan.

Kalau tak bagus, saya tingkatkan.

Kalau rasa boleh disebarkan, saya tulis dalam Fb. Saya kongsi dalam ceramah.

Sehinggalah saya dapat siapkan modul khusus untuk pembangunan manusia. Nak kata complete, poyo sangat. Nak kata cincai, tak ke tahap itu. Apa yang boleh saya katakan, modul itu adalah hasil pembelajaran saya, saya praktikkan pada diri, saya nampak kesan, saya selitkan dalam modul.

Saya praktikkan pada orang lain, ada kesan juga, saya selitkan dalam modul.

Nanti saya ceritakan saat kesusahan dan jatuh saya dulu-dulu. Nak kata jatuh, macamlah sekarang bagus sangat.

Cuma saya fikir, mungkin cerita susah dahulu lebih seronok untuk dikongsi bukan?

Tapi tak sempat. Sebab saya nak tidur kejap lagi, jadi saya nak buat kesimpulan untuk entri kali ini. Lagipun sekarang anak saya sedang dalam wad di hospital.

Pada saya, sebagai orang bisnes, saya mengerti satu perkara. Orang bisnes mesti bertindak berasaskan masalah. Bila ada masalah, ada penyelesaian. Bila ada penyelesaian, maka ada ruang untuk membantu orang lain. Dan pada saya bisnes adalah membantu memudahkan urusan orang, bukan semata-mata membuat keuntungan.

Kalau dulu, bisnes pada saya adalah menjana duit, jana duit, jana duit. Sama ada saya sudah menjalankan tugas membantu orang atau tidak, itu belakang kira. Hasilnya, kerja cincai boncai. Tapi bila melihat bisnes adalah peluang untuk bantu orang, kita jadi serba salah bila tak dapat tolong orang.

Saya ambil contoh di bawah. Saya mahu menganjurkan Seminar Remaja Hijrah Advance, pada 7 Disember 2015, di Pusat Dakwah Paroi. Program ini kami fokuskan untuk remaja sahaja.

Bila nak buat seminar ini, saya tanya soalan pada diri. Apa masalah sebenar remaja? Kenapa sampai kena buat seminar begini? Kalau ada masalah, apa penyelesaian yang saya tawarkan dalam seminar? Bukankah sudah banyak program motivasi? Bukankah cuti sekolah ini program pun banyak?

Jadi saya berhenti sampai di sini sahajalah.

Saya sambung cerita akan datang, tentang masa sukar dahulu.

Masa yang mengajar banyak erti kehidupan.


Yang benar,
Che' Mat
...Continue Reading →

Tip Pelajar Cemerlang #1 : Mempunyai Azam Yang Kuat


Siapa pun mahu berjaya di dunia mesti mempunyai azam yang kuat untuk mencapai kejayaan. Ada perbezaan yang ketara antara orang yang mahu berjaya dan orang yang bersungguh-sungguh mahu berjaya.

Orang yang bersungguh-sungguh mahukan kejayaan sifatnya adalah :

1. Sanggup berkorban
2. Belajar lebih masa
3. Pantas dalam tindakan
4. Bersungguh-sungguh
5. Yakin dan semangat setiap hari
6. Tidak mengaku kalah
7. Mengambil tanggungjawab sepenuhnya, tidak menyalahkan orang

Manakala manusia yang sekadar mahu sahaja, ia hanya terpancar pada mulut. Namun tiada kesungguhan pada tingkahlakunya. Jika di dalam program, bila saya bertanya, berapa ramai mahu mendapat STRAIGHT A? Semua orang angkat tangan. Hakikatnya, yang menentukan mereka mencapai kejayaan atau tidak adalah sikap mereka yang sebenar. Bukannya angkat tangan atau tidak.

Manusia yang sekadar mahu berjaya dan tiada kesungguhan, tingkahlakunya adalah :

1. Berat untuk berkorban. Baik masa, tenaga, idea, wang ringgit, dan sebagainya
2. Malas belajar lebih masa
3. Lambat bertindak
4. Sambil lewa dalam semua tindakan
5. Tiada keyakinan dan cepat lemah semangat
6. Cepat mengaku kalah
7. Suka menyalahkan orang

Adik-adik yang dikasihi sekalian,

Sikap pelajar cemerlang yang kami kaji memang berbeza berbanding pelajar biasa. Fizikalnya sama sahaja macam orang lain. Badan mereka bukanlah besar pun. Kepala mereka pun sama besarnya macam pelajar biasa. Cuma yang berbeza adalah sikap.

Antara sikap yang mereka miliki adalah mempunyai azam yang kuat. Azam mereka kuat kerana mereka mempunyai SEBAB mengapa mereka mesti berjaya.

Contohnya :

1. Mahu membalas jasa kedua ibu bapa
2. Ingin mencapai prestasi terbaik buat diri sendiri
3. Ingin mencapai cita-cita masuk ke universiti luar negara

Oleh itu, saya kongsikan Dua Formula Untuk Menguatkan Keazaman sebagai pelajar.

1. Menghayati sebab mengapa saya mesti berjaya?
2. Menghayati apakah akibatnya kalau saya gagal?

Sebagai penutup, mari adik-adik buatkan latihan itu. Ambil dua helai kertas, dan sebatang pen. 

  • Kertas 1, tuliskan "Saya mesti menjadi pelajar STRAIGHT A, kerana apabila saya menjadi pelajar STRAIGHT A maka pasti saya dapat...
    • Menggembirakan ibu bapa
    • Membuatkan ibu bapa tersenyum
    • Akan tersenyum indah
    • Menjadi contoh dan tauladan kepada adik beradik, dan keluarga
    • Menjadi hamba yang bersyukur dengan ujian nikmat
    • Menjadi hamba yang sabar dan beringat dengan ujian kecemerlangan
    • Menggembirakan cikgu
    • Mengharumkan nama sekolah dan rakan-rakan
  • Kertas 2 pula, tuliskan "Bila saya gagal mencapai STRAIGHT A, saya pasti akan..."
    • Membuatkan ibu bapa muram dan malu
    • Diri saya kecewa
    • Menjadi contoh buruk buat adik-beradik
    • Menjadi hamba tak bersyukur dengan nikmat akal dan badan
    • Menjadi manusia yang rendah diri bersama khalayak ramai
    • Tidak menyambungkan pengajian ke universiti idaman
    • Membuatkan guru sedih dan kecewa
    • Prestasi sekolah merosot
    • Kawan-kawan memandang rendah pada diri

P/S : ALAF Training menerima jemputan untuk menyampaikan modul pelajar cemerlang. Modul ini dinamakan Seminar Motivasi TARGET A. Boleh pilih pakej sehari, dua hari, atau 3 hari 2 malam. Hubungi Pengurus Program : 013-6636969 untuk maklumat lanjut.
...Continue Reading →

Adam Khoo, Jutawan Muda Singapura Kongsikan 9 Tabiat Jutawan

Adam Khoo, pengasas Adam Khoo Learning Technologies Group

Adam Khoo merupakan seorang penceramah motivasi terkenal di Singapura dan rantau Asia Tenggara. Beliau telah menjadi jutawan pada usia seawal usia 26 tahun. Beliau juga merupakan seorang penulis buku terkenal.

Dalam bukunya Bagaimana Saya Boleh Menjadi Jutawan, terbitan PTS 2011, beliau ada berkongsi tentang SEMBILAN TABIAT JUTAWAN. Tulisan ini ditulis sebagai perkongsian dari saya. Buku ini termasuk dalam 25 buah buku yang saya wajib khatam untuk tahun 2015 ini. 

Jadi, insyallah, mana-mana pembacaan yang menarik minat dan mengubah pemikiran saya, akan dikongsikan dalam laman web rasmi ALAF Training ini. Semoga ia menjadi inspirasi kepada kita untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang. Idea asalnya diambil dalam buku beliau, namun diulas ikut kefahaman saya.

Pada saya, sembilan tabiat ini bukanlah semata-mata tabiat jutawan, bahkan itulah akhlak yang disuruh oleh Islam. Mari kita lihat apakah sembilan tabiat tersebut.


Buku terjemahan terbitan PTS, 2011

Tabiat 1 : Sentiasa Lakukan Yang Lebih Baik Daripada Apa Yang Diharapkan

Micheal Jordan apabila ditanya bagaimana beliau menjadi pemain bola keranjang terhandal dunia? Beliau menjawab "Saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada diri saya, lebih daripada apa yang diharapkan oleh orang lain. Sekiranya jurulatih mengharapkan saya berlatih 3 kali seminggu, saya akan berlatih lima kali. Jika jurulatih mengharapkan saya menjaringkan 15 gol, saya akan menjaringkan 36 gol. Itu sebab saya menjadi pemain terhandal dunia!"

Tabiat 2 : Bersikap Proaktif.

Manusia proaktif bertindak menguasai persekitaran. Lawannya adalah sikap reaktif. Manusia reaktif pula dipengaruhi oleh persekitaran. Richard Branson, pemilik syarikat penerbangan murah Virgin Air ways menceritakan bagaimana perniagaannya bermula. Pada awalnya beliau hanyalah  terkandas selepas bercuti di Beef Island. Semasa menunggu pesawat menuju ke Puerto Rico, penerbangan beliau dan beratus penumpang yang lain dibatalkan. Tambahan pula penerbangan baru dijadualkan ada pada hari esoknya.

Beliau mengambil sikap proaktif menghubungi syarikat penerbangan jika ada menyewakan pesawat peribadi. Selepas mendapat tahu harga hanya RM4000, beliau lantas setuju menyewa pesawat tersebut. Beliau tahu ramai yang terkandas, jadi beliau meminjam papan hitam dan menulis "Virgin Airways, Penerbangan Satu Hala Ke Puerto Rico $39". Dalam masa yang singkat pesawat beliau penuh, dan penerbangan itu membawa keuntungan.

Maka, itulah proaktif. Berani mengambil tindakan, bukannya merungut menyalahkan suasana.

Tabiat 3 : Bertanggungjawab 100 Peratus

Kejayaan kita adalah tanggungjawab kita. Kita tidak boleh menyalahkan orang lain. Kita tidak boleh menyuruh orang mengambil tindakan untuk kita, kerana hakikatnya kejayaan itu mestilah bermula dari kita sendiri. Orang biasa-biasa suka menyalahkan orang, suka memberi alasan.

Tabiat 4 : Memperlambatkan Kepuasan

Bukan sahaja jutawan, orang beriman juga memperlambatkan kepuasan. Bagi orang beriman dunia adalah penjara. Dunia bukan tempat bersenang lenang, kerana kesenangan yang hakiki hanyalah di akhirat. Adam Khoo bekerja 19 jam sehari mengejar cita-cita dan matlamatnya. Contoh lain, Puan Ainon Mohd, pengasas ABS Bussines School pula bekerja tanpa henti selama 3 tahun, 18 jam sehari. Sehinggakan cuti dan raya juga bekerja.

Tabiat 5 : Lakukan Apa Yang Kita Minat

Semua orang berjaya mempunyai satu persamaan, iaitu mencintai apa yang mereka lakukan. Apabla minat, maka mereka bukan lagi melihat pekerjaan sebagai satu yang membebankan, bahkan ia amat menyeronokkan. 

Tabiat 6 : Memiliki Integriti

Thomas Stanley, penulis buku bestseller, The Millionaire Mind, telah menemuramah 733 jutawan. Dia bertanya apakah faktor utama yang membantu mereka menjadi jutawan? Jawapan tertinggi adalah berlaku jujur pada orang. Memang benar, Nabi Muhammad juga pernah berpesan "Amanah itu mendatangkan rezeki, dan khianat itu mendatangkan kefakiran"

Tabiat 7 : Memberi 100 Peratus Kesungguhan

Terdapat perbezaan yang ketara antara mahu menjadi jutawan dengan memberi 100 peratus kesungguhan menjadi jutawan. Orang yang bersungguh-sungguh sanggup mengorbankan apa sahaja, dan sedia menghadapi apa sahaja rintangan. George Lucas, jutawan muda berusia 28 tahun, pereka filem Starwars. 

Beliau mahu merevolusikan filem dengan memperkenalkan kesan khas pada babak perlawanan. Namun teknologi pada ketika itu masih belum ada.

Kerana keinginannya bersungguh-sungguh, beliau menubuhkan syarikatnya sendiri Industrial Light & Magis bagi mencipta kesan khas pada filemnya. Hasilnya beliau berjaya mengutip jualan tiket wayang sebanyak  USD 290 juta.

Tabiat 8 : Keupayaan Mengubah Kegagalan Menjadi Kejayaan

Keupayaan mengubah ini bermula dari dalam minda sebenarnya iaitu keupayaan melihat kegagalan sebagai batu loncatan bukan batu halangan.

Ada tiga jenis manusia apabila berhadapan kegagalan.

1. Merasa kecewa dan berputus asa
2. Sabar dan bangkit, namun mengulangi strategi yang sama
3. Sabar dan bangkit, namun melakukan strategi baru mencapai matlamat

Tabiat 9 : Hormati & Sayang Wang

Pada hemat saya mungkin bahasa yang lebih indah adalah menghormati, menghargai semua rezeki yang kita terima. Rasa sayang ini membuatkan kita menyimpan, rasa bersalah apabila membazir, membelanjakan pada tempat yang sepatutnya, tidak kedekut pada ilmu dan pembangunan diri.

Penutup 

Wallahualam, sekadar itu sahaja perkongsian kita kali ini. Insyallah ita jumpa lagi pada masa akan datang.

Sekian dari saya,

Che' Mat
CEO ALAF Training
Hanya berkongsi apa yang saya baca


...Continue Reading →